Thursday 19 June 2014

5- Tempat belajar dan suasana pembelajaran

SAMBUNGAN ....
Tips ke-5, Tempat belajar dan suasana pembelajaran.

  • Apa kaitan tempat belajar dengan teknik pengurusan masa? Banyak kaitannya. Apabila anda memilih tempat belajar yang salah, anda membazirkan lebih banyak masa berbanding apabila anda memilih tempat yang betul dan sesuai. Apakah ciri-ciri tempat belajar yang sesuai? Berikut adalah beberapa cadangan bagi tempat belajar yang sesuai:
  1. Tempat duduk dan menulis yang selesa.
  2. Kemas dan teratur.
  3. Bersih dan bau yang menyenangkan.
  4. Tidak terlalu bising.
  5. Cahaya mencukupi.
  • Ada antara pelajar yang tidak dapat mewujudkan suasana sebegini di rumah. Rumah pelajar mungkin tidak ada bilik khas bagi belajar. Bising dengan suara adik-adik, tidak ada kelengkapan mencukupi dan suasana tidak menggalakkan proses pembelajaran.
  • Penulis mencadangkan 2 nasihat dalam situasi begini. Satu, dengan kebenaran ibu bapa anda, anda boleh mencari tempat lain yang sesuai bagi anda belajar. Seperti di rumah kawan anda (yang sesuai bagi belajar), di perpustakaan sekolah ataupun perpustakaan awam. Di tempat begini anda mungkin dapat lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana KURANG GANGGUAN. Tetapi anda perlu ingat, anda perlu menjaga dan menghormati kepercayaan ibu bapa kepada anda. Maksudnya, anda mesti benar-benar fokus kepada pelajaran dan ketepikan perkara lain semasa anda ke tempat lain bagi belajar. Sekiranya tidak, anda sendiri yang rugi.
  • Kedua, anda perlu banyak menumpukan perhatian semasa berada di sekolah. Sebenarnya, masa di sekolah adalah masa yang paling sesuai bagi belajar. Ini kerana anda ada semua keperluan yang mungkin diperlukan. Apabila tidak ada buku, anda boleh ke perpustakaan. Apabila tidak faham, anda dapat bertanya kepada guru. Jadi, gunakan masa anda sebaik mungkin semasa berada di sekolah.

No comments:

Post a Comment