Monday 26 November 2012

"Sinergi" .....



 Hari ini ingin saya kongsikan kepada anda semua mengenai sebuah buku hasil nukilan daripada penulis buku yang agak terkemuka iaitu Hilal Asyraf, yang mana bukunya bertajuk "Sinergi"....


 Buku ini amat menarik perhatian saya untuk mengenali dan membedah perkongsian-perkongsian yang dikarang oleh penulis, Hilal Asyraf.
 
 Ingin saya kongsikan sinopsis yang diutarakan pada buku ini bagi teman-teman yang masih belum membaca buku ini....

"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka
 akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"
 
Ukhuwah dua sahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi, menyebarkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar Melayu di Jordan. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.


Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'. Tetapi, siapa yang menawan siapa?

Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya. Dia ialah.... Secret.


Apakah perasaan anda setelah membaca sinopsis buku ini??? mesti banyak persoalan yang ingin ditanya kan? Ok.. saya ceritakan sedikit, buku ini berkisarkan kisah kehidupan dua sahabat ini Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi. Mereka berdua adalah seorang pakar/mahir dan cekap dalam bidang masing-masing. Apa yang saya fahami mereka berdua saling bersaing secara sihat dan saling membantu di antara mereka berdua dan sahabat-sahabat yang lain... begitu indah ukhuwah perhubungan persahabatan yang diwujudkan dalam penceritaan buku ini.

Namun, walau siapa pun mereka tetap diuji dengan pelbagai permasalahan . Dua orang sahabat baik, kumpulan Disaster Five dan seseorang yang mempunyai dendam yang lebih besar serta licik orangnya iaitu... Secret. Haha,, ingin ketahui lebih lanjut kisah ini.... ikutilah post saya yang seterusnya k.... jika berkesempatan, namun akan diluahkan ikut pemahaman saya sendiri. Jadi, jika ingin berada dalam dunia "Sinergi" ini... bacalah buku ini ya... SANGAT2 BEST... tak rugi untuk dibaca mahupun membelinya jika berkemampuan, untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada rakan-rakan anda... ;)







No comments:

Post a Comment