Tuesday 4 December 2012

"Sinergi" ..... pengakhiran

  Assalamualaikum... hari ini saya ingin meneruskan penceritaan yang dihadapi dalam watak-watak novel sinergi ini. Bagaimanakah pengakhirannya.. mesti anda semua tertanya-tanya dengan akhir cerita ini dan mengapa cerita nie cepat sangat habis kan?? Erm.... saya bukannya arif dalam bab-bab bercerita nie,, di tambah pula ini bukan karya saya, tapi En.Hilal Asyraf yang punya.. 

 
 
sambungan ....

         ‘Disaster five’ pula, berkelakuan buruk sedemikian kerana konflik hidup yang berlaku dalam hidup mereka berlima. Mereka berlima dianiaya oleh seorang ustaz (Ustaz Khairuddin) yang bertopengkan kebaikan namun adalah sebaliknya. Dari situ, mula wujudnya rasa dendam dalam diri mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas dendam dan memperbaiki nama dan maruah mereka yang telah tercemar oleh insan yang digelar ‘ustaz’ itu. Malangnya, cara yang  ‘Disaster five’ lakukan adalah salah dengan mengaitkan orang-orang yang tidak bersalah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Perbuatan mereka diibaratkan seperti ungkapan, ‘Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’. Dendam yang tidak berkesudahan kepada mereka-mereka yang alim pada pandangan mereka, hasil daripada pengalaman hitam dalam hidup mereka yang diperdaya….

          Syafiq pelajar tahun satu, merupakan pelajar yang sememangnya dilihat sebagai baik dan sering berdamping dengan pelajar senior. Namun, dia adalah adik angkat kepada Amir Huzaifah (penjahat masa lalu di IRBID, Jordan). Syafiq begitu menyanjung abang angkatnya itu. Dia menganggap abang angkatnya itu adalah segala-galanya dan merupakan seorang yang sangat baik. Tetapi tanpa disedari, Syafiq sebenarnya berpihak kepada orang yang salah. Lalu, atas kematian abangnya dahulu… menjadikan Syafiq benar-benar berazam bersungguh-sungguh untuk berjaya dengan cemerlang dan menyambung pelajarannya di Jordan juga (tempat pengajian sebagaimana abang angkatnya) untuk membalas dendam.

          Manakala, Erman yang dilihat kontra dalam semua situasi ….dipersalahkan. Sedangkan Erman bersikap demikian adalah disebabkan ketidakfahamannya… dan bukan ada motif jahat dalam dirinya. Dia menjadi mangsa keadaan. Tapi akhirnya, masalah-masalah mereka terungkai dan selesai dengan baik… Irfan dan Asid hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. 5 sekawan, Syafiq serta Erman pula berjaya dalam bidang masing-masing. ‘ Tetapi berlandaskan iman dan Islam’ mereka ingin bersatu lagi/kembali… bersatu lagi untuk membina masyarakat berlandaskan ukhuwah kerana Allah Yang Maha Esa berlandaskan keimanan.
 Inilah rangkuman cerita ‘Sinergi’ daripada saya…. Tapi lebih baik jika baca sendiri tau… betul2 banyak konflik dan menguji diri untuk memahaminya, namun bagi saya ia sebuah cerita yang relevan dengan hidup dan banyak pengajaran di dalamnya … OK… Selamat MEMBACA buku yang amat menarik nie… ‘Sinergi’ ;)
Bagi siapa-siapa yang pernah baca novel nie ... sama-sama laa kongsi pengalaman anda ya.. pasti pelbagai ceritanya nanti. Bagi yang belum baca, novel nie sememangnya BEST ;)






1 comment:

  1. Alhamdulillah, rasa syukur kerana berpeluang membaca buku 'Sinergi' nie hasil dari pinjaman di pustaka.

    ReplyDelete