Sunday 2 December 2012

"Sinergi" ..... bersambung

 
Assalamualaikum...... dan salam sejahtera pada semua. Apa khabar awak semua yang sudi menjengah blog saya 'BOLEH BERJAYA' hari ini. Di harap semuanya sihat ya, Insya Allah.... Mulakan hari ini dengan senyuman  ;) dan semangat baru.... yakin boleh berjaya dalam apa yang kita lakukan. Tapi INGAT... berjaya dalam perkara yang benar k...
                   Haha.. seperti saya nyatakan dalam post sebelumnya .. ini adalah sambungan cerita daripada novel 'Sinergi' ... sudi-sudi lah membaca di sini.. harap apa yang saya cuba sampaikan ini sama matlamatnya dengan penceritaan dari buku yang sebenar. Namun, jika ada kesilapan nanti mohon maaf ya..

 
WATAK UTAMA - Irfan Hakimi yang lebih dekenali dengan panggilan Irfan dan Rasyid Zakwan dengan panggilannya Asid..... JOM meneliti kisah-kisah yang dihadapi oleh mereka semua di bumi pembelajaran mereka, Irbid Jordan.

‘Sinergi’ mengisahkan tentang sebuah persahabatan yang berteraskan paksi keimanan. Kehidupan, pergaulan, dan penyelesaian yang berlandaskan syariat Islam sebagai panduan.

          Dua orang sahabat iaitu Irfan dan Asid. Hidup mereka berdua saling memenuhi antara satu sama lain. Irfan seorang yang tegas, agak serius,  dan mengamalkan ajaran Islam dengan utuh dalam kehidupannya. Manakala Asid pula adalah seorang yang agak sukar untuk serius dan suka bergurau senda. Namun, agak liat untuk melaksanakan  ajaran agama. Tetapi, imannya mula dibina kembali setelah sering diajak dan diasuh oleh sahabat karibnya iaitu Irfan.  Peniruan melalui teladan  dari seorang sahabat. Irfan patut diteladani kerana sikapnya yang ‘cakap serupa bikin’. Apa yang dikatakan atau diutarakan itu, maka perkara tersebut yang akan dilakukannya… bukannya hanya berkata-kata ke arah kebaikan, malah mengotakan/ melakukan apa yang dikatakan itu. Begitu baik perilaku Irfan yang digambarkan dalam cerita ini.

          Seterusnya, hidup mereka diduga dengan pelbagai peristiwa pahit maung sebuah kehidupan dan persahabatan. Mereka diuji oleh Yang Maha Kuasa. Teruji keimanannya.  Mampukah mereka menghadapinya…  Indahnya hidup bersahabat yang berlandaskan Allah semata-mata. Dari sebuah persahabatan 2 orang sahabat… kemudiannya tersebar ukhuwah (jalinan mesra/ berkasih sayang) mereka bersama-sama sahabat-sahabat yang lain.  Mereka yang mempunyai bahagia dalam dirinya akan mampu memberikan bahagia kepada orang lain juga (jadi, mampukah seseorang itu memberikan sesuatu yang tiada dalam dirinya sendiri). Contohnya, seorang yang peramah sudah semestinya akan suka untuk beramah mesra dengan sesiapapun. Sebaliknya pula tidak akan mampu memberi, jika sikap peramah tiada dalam dirinya. Mereka semua hidup secara berpersatuan ‘PERMAI’ dan saling mengambil berat antara mereka. Di bumi Jordan ini, pelajar-pelajar Melayu saling mengambil berat antara satu sama lain kerana ukhuwah yang terbina atas/berpaksikan keimanan. Satu ungkapan yang menarik perhatian saya yang dinyatakan dalam buku ini iaitu “Walaupun seorang sahabat ku jatuh ke neraka, akan ku terjun untuk menyelamatkannya untuk menuju ke syurga. ”

          Mereka menghadapi pelbagai masalah, setelah didatangi oleh ‘Disaster five’ di bumi Jordan tempat mereka semua belajar dan bermasyarakat di sana. ‘Disaster five’ adalah 5 sekawan yang tidak menyukai orang-orang dakwah di PERMAI (sebuah nama persatuan) disebabkan oleh pengalaman pahit yang telah melanda dalam hidup mereka berlima. Pelbagai cara diusahakan untuk menjatuhkan Irfan. Mereka percaya Irfan adalah orang kuat yang dapat menghidupkan dan menyatukan hati-hati pelajar-pelajar PERMAI dan seluruh organisasi-organisasi lain  yang seangkatan dengannya. Irfan adalah seorang pelajar yatim piatu yang dipelihara oleh keluarga Asid (keluarga angkat Irfan). Irfan mempunyai keperibadian yang mudah disukai dan dipercayai ramai. Oleh itu, setiap cerita-cerita buruk yang diwujudkan timbul  maka akan hilang begitu sahaja setelah meneliti kembali siapakah Irfan? Juga diberikan nasihat keimanan dan berbincang bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud. Jadi, berlandaskan keimanan juga mereka semua bersatu. Hati-hati mereka menyatu dan mempercayai antara satu sama lain.

          Namun di sebalik kekecohan yang dilakukan oleh ‘Disaster five’ adanya seorang ‘secret’ yang menjadikan mereka berlima sebagai boneka untuk menjayakan misinya. Dia adalah musuh dalam selimut dalam masyarakat PERMAI itu sendiri (Syafiq). Dia pandai mereka dan membina sebuah situasi untuk melindungi diri. Kita (manusia) hanya mampu merancang dan Allah sahaja lah yang akan menentukan segala-galanya. Dengan ketetapan itu, maka Syafiq menerima tamparannya di atas perbuatan itu. Alhamdulillah, atas dasar keimanan semua orang masih menerima Syafiq  seadanya….  setelah segala rancangan jahat nya itu terbongkar. Islam itu indah…. Begitu juga Irfan dan Asid yang mana menjadi sasaran utama Syafiq dalam rancangan jahat nya turut menerima dan memaafkan kesilapannya itu. Erman (sahabat sebilik/ roommate  Syafiq dan seorang muallaf) turut dijadikan sasaran. Segala-galanya atas kekuasaan Yang Maha Kuasa. Erman sebagai seorang mualaf  menjadi lebih yakin dengan Islam dari semua yang berlaku itu. Erman mula betul-betul memahami iman dan Islam yang sebenar hanya menyambut  dan menerima Syafiq agar sahabatnya itu tidak akan terjerumus ke jalan yang salah.

          Segala-galanya terbongkar, Irfan sebenarnya bertunang dengan kakak kembar kepada Sara Nasuha dan bukannya Sara Nasuha yang mana turut dicintai oleh Asid, rakan karibnya. Semuanya adalah salah faham…. BERSAMBUNG...


 
 
 

1 comment: