Wednesday 26 March 2014

Saif Adam ('',) .....



     Assalamualaikum Warahmatullah... Alhamdulillah, hari ini hati dan jejari ini ingin lagi menulis untuk perkongsian bersama. Pertama sekali, ingin saya ceritakan pertama kali saya mendengar lagu ini. Pada satu hari di awal bulan Mac 2014 ini saya sedang mendengar radio IKIM, sambil asyik mendengar seterusnya DJ radio tersebut memperdengarkan lagu 'Trust in Allah' nyanyian Saif Adam. Begitu terujanya saya ketika itu, setelah mendengar lagu tersebut tanpa melengahkan masa saya terus mencari lagu ini di You Tube. Alhamdulillah, ketemu jua. Yang lucunya sepanjang hari tersebut saya ulang dengar dan menyanyikan lirik lagu ini tanpa rasa jemu.



    Pada hari ini merasa ingin mengenali siapakah Saif Adam ini, kerana bagi saya dia adalah pendatang baru dalam industri muzik di Malaysia setelah kemunculan Sami Yusuf, Maher Zain, dan Zain Bhika. Cari dan cari, seterusnya saya menjumpai laman ini Rising Islamic Music . Apa yang menarik perhatian pada ruangan ini adalah suntingan kenyataan kata-kata Saif Adam yang menyatakan : “I want to make music that spreads the message that Islam is a religion of peace and love and unity. He further added that, “I would like to be a voice for the younger generation of Muslims”. 

   Subhanallah..... Bahagianya hati apabila dapat mengetahui info baru pada laman ini seperti penyanyi-penyanyi lain yang ada pendekatan yang sama seperti Saif Adam seperti Native Deen dan Dawud Wharnsby. Baiklah, mungkin laman ini
  http://munsyeed.com/malay/international/saif- adam-malaysiatour/
dapat memberi gambaran selanjutnya mengenai hiburan nasyid kini. 
Akhir kata, maaf atas silap dan salah... dan mohon maaf  atas penulisan yang condong ini.. tak pandai saya nak perbetulkan.

Gambar artis-artis yang menjadi pencetus lagu-lagu nasyid. Lebih lanjut layari :  http://munsyeed.com/malay/kolum/7-artis-cetus-fenomena-luarbiasa-di-malaysia/ Info daripada Munsyeed Dot Com yang mana membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook.
membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam

Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/kolum/7-artis-cetus-fenomena-luarbiasa-di-malaysia/, Ditulis oleh Munsyeed Admin, Hakcipta © Munsyeed{Dot}Com 2010-2014
 Akhir sekali, saya selitkan juga laman blog ini. Moga bermanfaat untuk kita semua.. Wallahua'lam.  http://cheahmad.blogspot.com/2013/11/20-lagu-nasyid-terbaik-paling-best.html

No comments:

Post a Comment