Saturday 14 June 2014

2- Kawal kitaran kecergasan minda anda sendiri




Alhamdulillah... di pagi hari ini saya masih berpeluang untuk menyambung tips yang kedua 'Pengurusan Masa': cepisan di dalam buku 'Kemahiran Belajar'.
SAMBUNGAN TIPS KE-2....

  • Walaupun kita hanya cergas pada waktu tertentu sahaja, sebenarnya kita dapat mengawal kitaran ini. Maksudnya, kita dapat mengawalnya pada bla-bila masa sahaja apabila kita mahu minda menjadi CERGAS.
  • Contohnya, minda saya lebih cergas belajar pada waktu malam. Tetapi saya dapat mengawalnya bagi menjadi cergas pada waktu pagi ataupun petang juga. Bagaimanakah caranya???
  • Sebelum itu, cuba anda fikirkan, apa yang anda rasa semasa minda anda berasa cergas? Tentu anda berasa fikiran anda begitu jelas dan perasaan begitu bersemangat bagi melakukan sesuatu. Ini adalah keadaan yang diwujudkan setiap kali saya mahu minda saya berasa cergas. Saya dengan sengaja menaikkan semangat saya.
  • Saya suka membaca buku kisah  kejayaan seseorang terutama sekali mengenai kejayaan dalam bidang perniagaan. Saya juga suka menonton tayangan gambar cakera video padat (VCD) mengenai cerita fantasi seperti Superheroes ataupun kisah penyiasatan.
  • Setiap kali saya membaca ataupun menonton VCD sebegitu, semangat saya tiba-tiba naik. Saya rasa begitu cergas dan mampu melakukan apa  sahaja. Jadi,  setiap kali saya mahu melakukan sesuatu kerja ataupun belajar sewaktu minda saya tidak cergas, saya membaca buku ataupun menonton VCD. Saya tidak perlu menunggu minda saya menjadi cergas secara semula jadi.
  • Apa yang boleh dilakukan adalah mencari apa yang dapat dilakukan bagi membuatkan kita BERSEMANGAT. Penulis ini menyatakan, menurut pemerhatian saya, ada pelajar yang membaca semula matlamat mereka bagi menjadi bersemangat. Ada juga pelajar yang membuat senaman ringan sebelum berasa bersemangat. Anda perlu mencari cara anda yang tersendiri. Apa yang penting, apabila semangat anda mula membara, anda dapat belajar ataupun mengulang kaji pada bila-bila masa yang anda suka.

No comments:

Post a Comment