Alhamdulillah... apabila kita memikirkan akan kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa hati kita akan mulai merasai ketenangannya. Setiap apa yang Allah jadikn ada hikmahnya, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.. contohnya, lihatlah pada serangga-serangga.. pada satu ketika haiwan-haiwan kecil ini mungkin bagi kita menyusahkan. Mungkin ia akan merosakkan tanaman kita dan sebagainya. Namun kita harus sedar pada sudut yang lain pula ia amat memberikan manfaat kepada kita semua, contohnya pada semut kita lihat sentiasa hidup meliar dan kadang-kadang merosakkan makanan kita. Kelihatan di dalam bekas gula dipenuhi dengan semut, jika ada minuman yang manis maka datanglah semut untuk memakannya atau dijadikan simpanan makanan bagi semut. Itu semua mungkin sedikit sebanyak akan menyusahkan hidup kita, tetapi pada satu saat semut ini akan menjadi amat bermakna pada kita tanpa kita sedari apabila tugas semut ini menguraikan sisa-sisa makanan yang berlebihan seterusnya berlakulah proses-proses yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Kitaran sebuah kehidupan yang cukup strategik dan terancang dengan kekuasaan Nya yang tiada tandingan. Subhanallah...
Baiklah, sekarang kita kembali pada tajuk post yang ingin saya kongsikan. Petikan ini saya perolehi daripada akhbar Harian Metro bertarikh 19 Disember 2011 (Isnin). Diharap perkongsian ini tidak akan menyalahi mana-mana akta percetakan dan elektronik.... bagi saya pengisian yang diberikan ini amat bermakna. ('',)
Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan......
Tentu sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah ke alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri.